Product Review —Gila Kereta

Penjimatan petrol maksima dengan Fuel Saver

Gila Kereta

Kenaikan harga petrol yang dialami oleh pemandu negara kita lewat kebelakangan ini ternyata telah menunjukkan perubahan ketara dikalangan pemilik yang rata-rata kebanyakannya cuba untuk meminimakan had perjalanan hanya bagi mendapatkan penjimatan bahan bakar. Namun, bagi mereka yang bekerja dengan melibatkan penggunaan petrol yang lebih tinggi belanjanya (jurujual berkenderaan dan sebagainya), nilai kenaikan tersebut benar-benar dapat dirasakan. Disinilah bermulanya pengenalan terhadap produk penjimatan petrol dan setelah beberapa ketika, banyak produk mula membanjiri pasaran dan ini menyebabkan pengguna haruslah lebih perihatin dalam pemilihan produk penjimatan petrol yang benar-benar dapat membuktikan kesan terhadap pengunaannya.

Produk fuel saver keluaran syarikat tempatan ini, ternyata menunjukkan keputusan positif setelah diuji oleh krew kami tempohari. Produk ini mampu memberikan penjimatan sehingga 20% terhadap penggunaan petrol. Fuel saver tersebut telah diuji pada sebuah model Perodua Kenari selama 2 bulan, dan hasilnya amat mengagumkan. Sebelum menggunakan produk ini, pada mulanya, satu tangki penuh petrol hanya mampu bertahan sejauh jarak 400km, dan apabila produk tersebut dipasangkan ianya mampu memberikan nilai tambahan 55km lagi. Disini ternyata bahawa produk tersebut berupaya memberikan lebih batuan terhadap penggunaannya.

Produk Fuel Saver ini didatangkan dengan set magnet berkualiti tinggi pada kedua-dua medannya. Degan penggunaan magnet berkualiti ini, ianya mampu memberikan sempadan medan yang lebih baik dan dari sini aktiviti penjimatan bahan bakar akan mula terbentuk. Produk fuel saver ini dipakejkan sekali dengan sejenis formula direka khas yang berdaya menebat suhu enjin dan produk tersebut pula diberi jaminan sepanjang hayat. Dapatkannya sekarang! Tempahlah sekarang melalui pesanan online. Layari laman web mereka di www.fuelsaver.com.my.

Web Master — Wayne OOI